Edaran 10,000 Borang Permohonan RMM Sepanjang Ekspo Terengganu 2018

Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan) mengedarkan sebanyak 10,000 keping Borang Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Terengganu. Borang ini diedarkan sepanjang Ekspo Terengganu 2018 bermula 25 Februari sehingga 3 Mac 2018.

Semua pengunjung boleh mendapatkan borang berkenaan secara percuma di pameran P3 Terengganuku Ceria di bawah Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Di samping itu juga, disediakan Pendaftaran Secara Atas Talian bagi memberi kemudahan bagi yang ingin terus membuat permohonan tersebut pada ekspo berkenaan.