Piagam Pelanggan

Ditulis pada . di dalam Profail


KAMI BERJANJI:

 

1. Mengadakan proses temuduga permohonan (mengikut kawasan pilihan) dengan seberapa segera apabila peratus penyiapan bangunan mencapai 80%.

2. Menguruskan proses untuk menawarkan penyewaan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 14 hari (sekiranya terdapat kekosongan).

3. Menguruskan proses pembaikan kerosakan kecil rumah sewa awam dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan.

4. Menyediakan proses bayaran tuntutan berkaitan projek perumahan dalam masa dua (2) hari dalam dari tarikh penerimaan tuntutan.

5. Menerima dan menyelesaikan masalah perumahan dalam suasana mesra atas semangat membantu pelanggan.