Soalan Lazim

Ditulis pada . di dalam Soalan Lazim

 

1) Apakah syarat-syarat kelayakan permohonan Rumah Kos Rendah / Mampu Milik?

Adakah syarat-syarat yang disenaraikan dibawah memenuhi syarat-syarat yang diperlukan :

1. Warganegara MALAYSIA

2. 18 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon

3. Berkahwin

4. Pemohon / suami / isteri belum memiliki rumah.

5. Pendapatan isirumah tidak melebihi RM3000.00 sebulan.

6. Pemohon dari penjawat awam gred 1 sehingga 22 sahaja layak memohon.

7. Wanita bujang berumur 35 tahun keatas layak memohon dan memiliki rumah.

8. Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) boleh dipertimbangkan.

9. Isteri kedua/ketiga/keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan sendiri.

10. Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan dengan syarat :

a) Jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat

atau

b) Dengan menyediakan cagaran.

c) Bencana alam seperti kebakaran atau pengambilan balik tanah.

 

2) Apakah maklumat yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan rumah (SPT)?


Maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan rumah SPT (e-Perumahan) :

a) Maklumat Peribadi

b) Maklumat Terkini Alamat

c) Maklumat Pasangan

d) Maklumat Pekerjaan & Pendapatan

e) Maklumat Tanggungan

f ) Perumahan / Kawasan Yang Ingin Dipohon

 

3) Bagaimana untuk memiliki Rumah Kos Rendah / Mampu Milik ?

a ) Membuat permohonan secara atas talian melalui http://eperumahan.terengganu.gov.my

b ) Bagi pemohon yang melepasi kelayakan akan dipanggil temuduga secara bersurat.

c ) Pemohon yang layak di peringkat temuduga akan melalui proses siasatan.

d ) Permohonan yang melepasi peringkat siasatan akan diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan

e ) Pemohon akan menerima surat tawaran dan bayaran deposit perlulah dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penawaran.

f ) Pemohon yang telah menjelaskan bayaran deposit akan menandatangani perjanjian dan diserahkan kunci rumah