Syarat dasar penswastaan projek perumahan

Ditulis pada . di dalam Profail

 

SYARAT-SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK PERUMAHAN NEGERI TERENGGANU

```````````````````````````````````````````````````````````````````

 

1.        Pelupusan Tanah

 

Tanah yang dimajukan tidak akan diberi milik kepada pihak pemaju swasta tetapi diberi milik kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.

 

2.        Tanah Tidak Dibenarkan Cagar / Gadai

 

Tanah yang dimajukan tidak dibenar  cagar / gadai  kepada mana-mana institusi kewangan untuk mendapatkan ‘bridging finance’ oleh pemaju    swasta. Bagaimanapun pemaju boleh menguruskan ‘end financing’pembeli.

 

3.        Pembeli Unit Rumah Mampu Milik (Kos Rendah)

 

Senarai   pembeli  mesti  dikemuka  dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli  yang ditubuhkan oleh Kerajaan.Syarat kelayakan pembeli bagi rumah mampu milik adalah seperti berikut:-

 

3.1.     Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak tempatan)

 

3.2.     Sudah  berkahwin   (bagi  wanita  yang  belum  berkahwin tetapi  telah mencapai umur 35 tahun ke atas layak memohon)

 

3.3.     Pemohon      atau   pasangan   belum   mempunyai   rumah   atau  belum pernah  mengambil  pinjaman perumahan  perbendaharaan  (bagi kakitangan kerajaan)

 

3.4.     Pemohon  atau  pasangan  hendaklah  dalam  gred 1 hingga 22 atau setaraf dengannya (bagi kakitangan kerajaan)

 

                3.5.     Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.

 

4.        Kebenaran Merancang / Kelulusan Pelan Susunatur

 

Bagi  menyegerakan pelaksanaan projek, pihak pemaju dikehendaki memohon kebenaran merancang dalam tempoh masa 60 hari dari tarikh surat kelulusan / perlantikan dan menyediakan pelan susunatur untuk dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan.

 

5.        Kelulusan Pelan Bangunan

 

Pihak pemaju dikehendaki menyedia dan mengemukakan pelan bangunan kepada   Pihak   Berkuasa Tempatan berkenaan dalam tempoh masa 30 hari dari  tarikh surat kelulusan pelan susunatur.

 

6.        Mendapatkan Lesen Pemajuan

 

Adalah menjadi tanggungjawab pemaju untuk mendapatkan Lesen Pemajuan daripada Kementerian dengan mengemukakan permohonan dalam tempoh 60 hari selepas memperolehi kelulusan pelan bangunan.

 

7.        Lantikan Jurukur Dan Peguam

 

Pemaju hendaklah  melantik jurukur yang bertauliah dan peguam dalam masa 14 hari daripada tarikh setuju terima tawaran bagi melaksanakan projek.

 

8.        Kerja-Kerja Pembinaan

 

Pihak Pemaju  hendaklah memulakan kerja-kerja  pembinaan dalam tempoh 60 hari selepas memperolehi Lesen Pemajuan.

 

9.        Penentuan HargaJualan

 

Harga jualan  rumah adalah sebagaimana dicadangkan  oleh pemaju tetapi diputuskan oleh Kerajaan Negeri.Sebarang kenaikan harga  hendaklah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.  Keuntungan akibat daripada kenaikan harga  akan dikongsi  pada  kadar  50:50  di antara pihak pemaju  dengan Lembaga  Tabung Amanah Warisan Negeri  Terengganu.Pengurangan harga sekurang-kurangnya 5% hendaklah diberikan kepada pembeli Bumiputera.

 

10.      Pembayaran Premium Tanah

 

Harga premium tanah ( Rumah Mampu Milik ) dikenakan pada kadar nominal iaitu dikira RM100.00 setiap lot.     Manakala bagi rumah pangsa pula ialah sebanyak RM100.00 setiap unit.

 

11.      Syarat-Syarat Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan

 

Pihak pemaju  dikehendaki  mengikuti segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam kelulusan Pelan Bangunan.

 

12.      Tempoh Kecacatan

 

Pihak pemaju dikehendaki  bertanggungjawab  dan menanggung segala  kos pembaikian dalam tempoh masa kecacatan. Tempoh kecacatan ialah 1tahun daripada tarikh penyerahan projek.

 

13.      Dokumen Perjanjian

 

Pemaju  dikehendaki  menyediakan  deraf  perjanjian  usahasama  dan menyerahkan     kepada     Lembaga     Tabung     Amanah     Warisan     Negeri Terengganu dalam tempoh masa 90 hari dari tarikh Surat Kelulusan / Perlantikan.

 

14.      Bayaran Sumbangan

 

Pihak pemaju dikehendaki membayar sumbangan kepada pihak Lembaga Tabung   Amanah   Warisan Negeri Terengganu sebanyak 10%-25% daripada hasil  jualan  komponen  pembangunan.     Penyediaan  kemudahan     komuniti seperti dewan orang ramai, balairaya / tadika, masjid / surau, taman permainan / alatan   tidak akan dimasukira sebagai sumbangan.

 

15.      Cara BayaranSumbangan

 

Pemaju dikehendaki menjelaskan sumbangan sebanyak 2.5% daripada jumlah sumbangan  dan  dibuat atas  nama Setiausaha KerajaanTerengganu  semasa menandatangani perjanjian. Baki bayaran selebihnya hendaklah dibayar dalam bentuk tunai bergantung kepada kaedah yang dipersetujui oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.

 

16.      Bayaran Bagi Mendapatkan Hakmilik Tanah

 

Bayaran  bagi  urusan mendapatkan / mendaftarkan  hakmilik  tanah  atas  nama Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu termasuk kos bagi kerja- kerja awalan seperti upah ukurdan penandaan aras tapak serta sebagainya hendaklah ditanggung oleh pemaju.

 

17.      Komponen Rumah Mampu Milik

 

Pemaju dimestikan mematuhi syarat minima membina rumah mampu milik sebanyak 25%daripada bilangan sebenar unit kediaman / kedai. Dalam perancangan dan  pembinaan   Rumah   Mampu   Milik,   pemaju   dikehendaki mematuhi :

 

17.1    Garis panduan perancangan dan pembangunan Rumah Mampu Milik (Penswastaan)

 

                17.2    Spesifikasi Rumah Mampu Milik (Penswastaan)

    

                serta pindaan dari semasa ke semasa.


18.      Peruntukan Bukan Bumiputera

 

Pemaju hanya dibenar memperuntukkan dan menjual masing-masing tidak melebihi70% daripada unit rumah kos sederhana, rumah kos tinggi dan rumah kedai / kedai pejabat kepada bukan Bumiputera.

 

19.      Kebenaran Masuk Tapak

 

Selepas menandatangani perjanjian usahasama,pemaju boleh memohon kebenaran daripada Pentadbir Tanah berkenaan untuk memasuki tapak projek bagi   menjalankan   kerja-kerja  pengukuran   sementara   menunggu      proses kelulusan pelan susunatur dan pelan bangunan.

 

20.      Tempoh SiapProjek

 

Projek mesti disiapkan mengikut jadual pelaksanaan projek sebagaimana terdapat dalam dokumen perjanjian.  Jika gagal disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa mendapat kelulusan lanjut tempoh,Kerajaan Negeri berhak menamatkan pelaksanaan projek dan merampas semua harta yang ada di atas tanah yang dimajukan dan ianya menjadi hak LembgaTabung Amanah Warisan  Negeri  Terengganu  tanpa  dibayar  apa-apa     pampasan  kepada pemaju.

 

21.      Sijil Akuan Kelayakan Menduduki Bangunan

 

Adalah menjadi tanggungjawab pihak pemaju untuk mendapatkan Sijil Akuan Kelayakan  Menduduki  Bangunan  daripada  Pihak  Berkuasa  Tempatan berkenaan.

 

22.      Kemudahan Komuniti

 

Pemaju dikehendakui membina dan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri kemudahan-kemudahan komuniti seperti dewan serbaguna / orang ramai, bangunan surau, padang dan alatan permainan tadika dansebagainya sekiranya kemudahan tersebut disyaratkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

 

23.      Pematuhan Arahan

 

Pihak  pemaju adalah sentiasa  tertakluk  kepada  Akta  /  Pekeliling  /  Arahan  /

keputusan PihakBerkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

 

*  SYARAT-SYARATDIATASTERTAKLUKKEPADAPINDAAN DARISEMASA KESEMASA