Carian :
Suhu Kini 28°C
| 26 Mei 2013, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2013 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26
2728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                                   
 
PAPARAN BROWSER YANG TERBAIK :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK PERUMAHAN

SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK PERUMAHAN

1.     Pelupusan Tanah

Tanah yang dimajukan tidak akan diberimilik kepada pihak pemaju swasta tetapi diberimilik kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.

2.     Tanah Tidak Dibenarkan Cagar/Gadai

Tanah yang dimajukan tidak dibenar cagar/gadai kepada mana-mana institusi kewangan untuk mendapatkan `bridging finance’ oleh pemaju swasta. Bagaimanapun pemaju boleh menguruskan `end financing’ pembeli.

3.     Pembeli Unit Rumah Mampu Milik (Kos Rendah)

 Senarai pembeli mesti dikemuka dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pembeli yang ditubuhkan oleh Kerajaan. Syarat kelayakan pembeli bagi rumah mampu milik adalah seperti berikut :-

  1. Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak tempatan)
  2. Sudah berkahwin (bagi wanita yang belum berkahwin tetapi telah mencapai umur 30 tahun ke atas layak memohon)
  3. Pemohon atau pasangan belum mempunyai rumah atau belum pernah mengambil pinjaman perumahan perbendaharaan (bagi kakitangan kerajaan)
  4. Pemohon atau pasangan hendaklah dikategorikan dalam kumpulan ‘C’ atau setaraf dengannya (bagi kakitangan kerajaan).
  5. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan.
4.     Kebenaran Merancang/Kelulusan Pelan Susunatur

Bagi menyegerakan pelaksanaan projek, pihak pemaju dikehendaki memohon kebenaran merancang dalam tempoh masa 60 hari dari tarikh surat kelulusan/perlantikan dan menyediakan pelan susunatur untuk dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan.

5.     Kelulusan Pelan Bangunan

Pihak pemaju dikehendaki menyedia dan mengemukakan pelan bangunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh surat kelulusan pelan susunatur.

6.     Mendapatkan Lesen Pemajuan

Adalah menjadi tanggungjawab pemaju untuk mendapatkan Lesen Pemajuan daripada Kementerian dengan mengemukakan permohonan dalam tempoh 60 hari selepas memperolehi kelulusan pelan bangunan.

7.     Lantikan Jurukur Dan Peguam
Pemaju hendaklah melantik jurukur yang bertauliah dan peguam dalam masa   14 hari daripada tarikh setuju terima tawaran bagi melaksanakan projek.    

8.     Kerja-kerja Pembinaan

Pihak pemaju hendaklah memulakan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh 60 hari selepas memperolehi Lesen Pemajuan.

9.     Penentuan Harga Jualan

Harga jualan rumah adalah sebagaimana dicadangkan oleh pemaju tetapi diputuskan oleh Kerajaan Negeri. Sebarang kenaikan harga hendaklah mendapat kelulusan kerajaan negeri. Keuntungan akibat daripada kenaikan harga akan dikongsi pada kadar 50 : 50 di antara pihak pemaju dengan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. Pengurangan harga sekurang-kurangnya 5% hendaklah diberikan kepada pembeli bumiputra.                                                     

10.    Pembayaran Premium Tanah

Harga premium tanah (Rumah Mampu Milik) dikenakan pada kadar nominal iaitu dikira RM100.00 setiap lot. Manakala bagi rumah pangsa pula ialah sebanyak RM100.00 setiap unit.

11.    Syarat –syarat Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pihak pemaju dikehendaki mengikuti segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Tempatan dalam Kelulusan Pelan Bangunan.

12.    Tempoh Kecacatan

Pihak pemaju dikehendaki bertanggungjawab dan menaggung segala kos pembaikian dalan tempoh masa kecacatan. Tempoh kecacatan ialah 1 tahun daripada tarikh penyerahan projek.

13.    Dokumen Perjanjian

Pemaju dikehendaki menyediakan deraf perjanjian usahasama dan menyerahkan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dalam tempoh masa 90 hari dari tarikh Surat Kelulusan/Perlantikan. 

14.    Bayaran Sumbangan

Pihak pemaju dikehendaki membayar sumbangan kepada pihak Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu sebanyak 10% - 25% daripada hasil jualan komponen pembangunan.  Penyediaan kemudahan komuniti seperti dewan orangramai, balairaya/tadika, masjid/surau, taman permainan/alatan tidak akan dimasukira sebagai sumbangan.

15.    Cara Bayaran Sumbangan

Pemaju dikehendaki menjelaskan sumbangan sebanyak 2.5% daripada jumlah sumbangan dan dibuat atas nama Setiausaha Kerajaan Terengganu semasa menandatangani perjanjian. Baki bayaran selebihnya hendaklah dibayar dalam bentuk tunai bergantung kepada kaedah yang dipersetujui oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.

16.    Bayaran Bagi Mendapatkan Hakmilik Tanah

Bayaran bagi urusan mendapatkan/mendaftarkan hakmilik tanah atas nama Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu termasuk kos bagi kerja-kerja awalan seperti upah ukur dan penandaaan aras tapak serta sebagainya hendaklah ditanggung oleh pemaju.

17.    Komponen Rumah Mampu Milik (Kos Rendah) 

Pemaju dimestikan membina tidak kurang daripada 30% Rumah Mampu Milik dan dijual kesemuanya kepada Bumiputera . Jika projek ini dimajukan mengikut fasa, tidak kurang dari 50% hendaklah dibina dalam fasa I dan bakinya lagi dibina dalam Fasa II. Dalam perancangan dan pembinaan Rumah Mampu Milik, pemaju dikehendaki mematuhi :

  1. Garis panduan perancangan dan pembangunan Rumah Mampu Milik (Penswastaan)
  2. Spesifikasi Rumah Mampu Milik (Penswastaan)    
  3. serta pindaan dari masa ke semasa.

18.    Peruntukan Bukan Bumiputera

Pemaju hanya dibenar memperuntukkan dan menjual masing-masing tidak melebihi 30% daripada unit rumah kos sederhana, rumah kos tinggi dan rumah kedai/kedai pejabat kepada bukan bumiputera.

19.    Kebenaran Masuk Tapak

Selepas menandatangani perjanjian usahasama, pemaju boleh memohon kebenaran daripada Pentadbir Tanah berkenaan untuk memasuki tapak projek bagi menjalankan kerja-kerja pengukuran sementara menunggu proses kelulusan pelan susunatur dan pelan bangunan.

20.    Tempoh Siap Projek

Projek mesti disiapkan mengikut jadual pelaksanaan projek sebagaimana terdapat dalam dokumen perjanjian.  Jika gagal disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa mendapat kelulusan lanjut tempoh, Kerajaan Negeri berhak menamatkan pelaksanaan projek dan merampas semua harta yang ada diatas tanah yang dimajukan dan ianya menjadi hak Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu tanpa dibayar apa-apa ampas an kepada pemaju. 

21.    Sijil Akuan Kelayakan Menduduki Bangunan

Adalah menjadi tanggungjawab pihak pemaju untuk mendapatkan Sijil Akuan Kelayakan Menduduki Bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan.

22.    Kemudahan Komuniti

Pemaju dikehendaki membina dan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri kemudahan-kemudahan komuniti seperti dewan serbaguna/orangramai, bangunan surau, padang dan alatan permainan tadika dan sebagainya sekiranya kemudahan tersebut disyaratkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

23.    Pematuhan Arahan

Pihak pemaju adalah sentiasa tertakluk kepada Akta / Pekeliling / Arahan / Keputusan Pihak Berkuasa Negeri dari masa ke semasa.           

SYARAT-SYARAT DIATAS TERTAKLUK KEPADA PINDAAN DARI MASA KE SEMASA

 

 

 
Tiada rekod
 
 


 

" janganlah engkau menjadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok di waktu pagi hari sedangkan engkau ketika itu masih terbaring di atas katilmu "


Bilangan Pelawat: 0000912016Bilangan Pelawat: 0000912016Bilangan Pelawat: 0000912016Bilangan Pelawat: 0000912016Bilangan Pelawat: 0000912016Bilangan Pelawat: 0000912016Bilangan Pelawat: 0000912016Bilangan Pelawat: 0000912016Bilangan Pelawat: 0000912016Bilangan Pelawat: 0000912016