Soalan Lazim

Ditulis pada . di dalam Soalan Lazim

 

1) Apakah syarat-syarat kelayakan permohonan Rumah Mampu Milik (RMM)?

 

1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu.

2. Berumur 21 tahun dan ke atas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat

    mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung)

3. Berkahwin; 10% diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah kediaman anugerah daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM3,500 bagi RMM (Awam) atau RM3,900 bagi 

    RMM (Swasta).

7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak dipertimbangkan.

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium),

    penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

 

2) Apakah maklumat yang diperlukan semasa mengemukakan Permohonan RMM :


Maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan RMM (e-Perumahan) :

a) Maklumat Peribadi

b) Maklumat Terkini Alamat

c) Maklumat Pasangan

d) Maklumat Pekerjaan & Pendapatan

e) Maklumat Tanggungan

f ) Daerah Perumahan Yang Ingin Dipohon

 

3) Bagaimana untuk memiliki Rumah Mampu Milik (RMM) ?

 

a ) Membuat permohonan secara atas talian melalui http://eperumahan.terengganu.gov.my

b ) Permohonan akan melalui proses siasatan oleh Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Daerah (JPPD).

c ) Pemohon yang disenaraikan JPPD akan dipanggil untuk sesi temuduga.

d ) Senarai yang lulus temuduga akan disahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Peringkat Negeri (JPPN).

e ) Senarai penama yang telah disahkan JPPN akan diedarkan kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu

      (PMINT) / pemaju untuk proses tawaran.

f ) Pemohon yang telah menjelaskan bayaran deposit akan menandatangani perjanjian dan diserahkan kunci rumah